Taklimat E-Kelas Maxis bersama Ibu Bapa dan Pelajar

18 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

17 Januari 2019 – Pada hari Khamis Jam 4 hingg 6 petang telah diadakan satu majlis bagi menyampaikan taklimat mengenai E-Kelas 2019 bersama ibu dan pelajar. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Herman Mizar Azmi iaitu sebagai wakil dari Maxis dan dihadiri oleh seramai kira-kira 20 orang ibu bapa dan 50 orang pelajar.

Antara yang disentuh dalam taklimat in ialah tentang pembaharuan dan penambahbaikan yang terdapat pada E-Kelas bagi tahun ini, manfaat dan ganjaran yang bakal diperolehi oleh para pelajar dan harapan ke atas sokongan dari pihak ibu bapa dan murid.

Encik Herman juga turut menunjukkan bagaimana Live Tutorial sebenar yang sedang berlansung, Apa itu eCikgu?, Portal ekelas.com.my dan Learning Port yang bakal digunakan oleh para pelajar.

Peserta yang berminat untuk mengikuti ekelas ini telah diajar bagaimana untuk mendaftar ke dalam portal dan cara-cara menggunakannya.


 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali